Monday 2 July 2012

"ღ¸.•´¯)♥sOlAt (KusyUK) bNTeng kMaksiATaNღ¸.•´¯)♥






Solat memang solat…tetapi kenapa ianya masih tidak mampu menghalang dari berbuat dosa?? Bukan salah solat... tapi mungkin salah cara kita dalam bersolat.....
          
 


Solat merupakan batu asas bagi agama. Bahkan dalam Islam, diserlahkan kekuatan solat itu sehingga ianya diisytihar sebagai benteng kukuh yang mampu mencegah kita daripada perbuatan maksiat..yer,prbuatn yg mampu mnjrumuskn ita klembah kehinaan..
Seperti yg kita mklum,solat adalah satu komunikasi yang sangat baik antara Allah dan manusia. Ia menjadi sebahagian pengikat antara hamba dan makhluk. Bahkan dalam setiap urusan disuruh untuk kita berurusan dahulu dengan Allah, kemudian barulah dengan manusia yang lain. Sekiranya penghubung komunikasi tersebut hanya sekadar acuh tak acuh, mana mungkin perisai kemungkaran itu boleh trlaksana??
Sebab itu Nabi Muhammad SAW dalam setiap urusan kehidupan akhirat malah urusan dunia sentiasa menyuruh umatnya mendahului dengan solat dua rakaat....
Setiap perbuatan menggambarkan bahawa proses mengingati Allah itu adalah sebahagian dari kekuatan pengawalan nafsu dari terus melakukan perbuatan mungkar. 
Jelas disini, bukti menunjukkan bahawa solatlah sebahagian dari cara yang paling berkesan dalam menghubungkan hati manusia untuk mengingati Allah SWT. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud :
” Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku.” (Surah Toha : 14)



Malah setiap kali menghadapi ujian, cabaran mahupun kesulitan dalam hidup Baginda sepanjang menyebarkan ajaran Islam, Baginda akan mengambil waktu untuk melakukan solat terlebih dahulu memohon petunjuk daripada Allah SWT dan memohon ketenangan jiwa untuk melaksanakan misi Islam. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada ALLAh) dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAh beserta dengan orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah : 153)

“Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka.”(Al-Ma’arij:19-23)

Benarlah firman Allah di dalam Surah al-Mukminun ayat pertama dan kedua, “Sesungguhnya berjayalah orang mukmin, iaitu mereka pada solat yang khusyu’ pada solat mereka”. Makin erat hubungan hati manusia dengan pencipta makin berjayalah seseorang itu di dunia dan di akhirat

 Justeru, ketepatan amalan solat berdasarkan hadis-hadis yang sahih mengikut tatacara yang tepat dengan sifat solat Nabi perlu dipelajari. Agar solat kita tidak ditolak oleh Allah hanya kerana kejahilan kita memahami sunnah. Dalam masa yang sama, benteng untuk mencegah kemungkaran bukan sekadar pergerakan anggota zahir badan semata-mata. Namun ianya juga berkait rapat dengan hubungan hati. Solat adalah ikatan batin antara manusia dengan Allah. Andai manusia cukup beradab sopan dengan Allah bermula dari saat takbir hingga salam. Mengapakah latihan sebanyak 5 kali sehari itu tidak boleh membentuk jiwa yang beradab sopan dengan Allah sepanjang kehidupan kita???????. 
Janganlah apabila kita melakukan maksiat, maka kita menyalahkan solat kerana ianya tidak mempu menjadi benteng. Tetapi periksalah keadaan solat kita.



  
 Adakah ianya benar-benar solat yang dikehendaki oleh Allah SWT???atau solat skadr untuk mmnuhi syarat shja??tepuk dada tnya iman...


















    


No comments:

Post a Comment