Monday 10 September 2012

"ღ¸.•´¯)♥-ReLEks jAngaN mARaH-MarAH-ღ¸.•´¯)♥




"CHANGE FOR THE BETTER"








                                           

Sememangnya Allah perancang Yang Maha Hebat.....yer,..paling HEBAT....
setiap apa yang dikurniakan samada nikmat dan musibah itu semua rezeki kita untuk merasanya...So,yg pnting jangan pernah mengeluh dan merungut, itu pesan (MR.SENTLE) bila sue mengadu denganNYA...pasti dia akan merasionalkan balik apa yang sue fikir, dan setiap kata-kata darinya, buat sue rasa malu dan rendah diri,....
kenapa sue susah nak nampak hikmah disebaliknya masalah yang datang.....mungkin iman masih lemah dan masih ada hijab dengan Allah....sebab itu barangkali.....

terkadang ingin marah dengan apa yang terjadi..marah kepada manusia yang mendatangkan masalah ...tapi malam tadi try flashback kmbali dan  renungkan balik..bila saat orang semua lena...mata ni masih belum mampu nak ditutup...fikiran masih ligat berfikir.... ,
aishhhhhh,perlu ke rasa marah nie???..
 harus marah atau tidak????
elok x perasaan nie???
x mudharat ke pada orang lain????

..itu yang berlegar2 di minda...syukur ALlah melintaskan perasaan sbegini dalam fikiran...lalu..ku coretkan disini, agar menjadi panduan diri dan semua yang sudi membaca......,,

kemarahan kita kepada seseorang akan memudaratkan kita sendiri lebih daripada orang yang kita marahkan...so...maafkan adalah lebih baik,walaupun perkara yg dilakukan, memang tidak boleh diterima akal.....huh,..tambah2  jenis  orang yang sket2 nak marah..

kemarahan itukan asalnya dari syaitan, dan syaitan berasal daripada api...
api itu panas dan membakar...bahangnya akan menyebabkan pertimbangan hati, akal, dan perasaan tidak seimbang..malah, akan ada kesan biologi yg -ve bila kita marah...sebabnya,

 Imam Ghazali berkata " apabila seseorang itu marah, pandanglag bertapa hodohnya wajahmu dicermin"..

tapi...siapa kat sini yang tidak pernah marah...?? marah itu sebahagian daripada sifat tabii manusia...tanpa marah, manusia bukan manusia lagi....so..marah itu pun satu anugerah. dengan adanya sifat marah, timbullah semangat nak mempertahankan keluarga, dan paling penting agama...senang cakap, marah itu ada yang terpuji, ada yang keji...marah yang terpuji bila sesuai dengan tempat dan keadaanya...

bila agama dikeji, kita mesti marah..kalau kita tak marah, Allah yang akan marah kita..betul tak???.. sebaliknya, bila diri kita sendiri yang dikeji,, dianjurkan supaya bersabar. ini soal peribadi. memaafkan lebih utama. ..

ingat..bila kita dikeji...telitilah...muhasabahlah...apakah kejian itu sesuatu yang benar dan tepat?? jika benar dan tepat, kejian itu mesti diliihat sebagai 'teguran' daripada ALlah melalui lidah manusia...tapi...kalau tidak benar, apa yang hendak dirisaukan...?? bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa.. biarkan ia berlalu, jangan sesekali takut kepada orang yang mencerca...dan itu bukanlah bermakna kita jumud hingga orang boleh lakukan apa sahaja sewenang-wenangnya..

bagi sue pling pnting,,trutama pda yang suka marah2 nie,..,,

.jadikan marah itu sebagai pekerja dan diri sendiri sebagai majikan..biarlah marah yang bekerja untuk kita, bukan kita yang bekerja untuk marah..btul x??????^__^


so,everthing happen.....tuluskan marahmu hanya kerana Allah semata-mata..kemudian, luruskan marah itu pada jalan yang di-benarkanNya sahaja...kemudian, uruslah marahmu mengikut kadar dan batasnya.....

p/s : kadang-kadang kita tidak terfikir...berapa banyak perkara yang kita sangka buruk, akhirnya memberikan kebaikan kepada kita... dan berapa banyak pula perkara yang kita sangka baik tapi pada asalnya membawa keburukan......^__^
..................................................................................................................................

 salah satu terapi yg mama sue ajar DENGAR nie......




so camner kengkawan????
blh hilang x marah 2????....
(^-^)Alhamdulillah..... 


 moga kita sama-sama jadi manusia yg saling mlengkapi....sekian.....wslm.. 

No comments:

Post a Comment